Total Pageviews

Sunday, April 12, 2015

Tips Melariskan Jualan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Untuk entri kali ini saya dengan suka-suka hatinya ingin berkongsi sedikit tips MELARISKAN PERNIAGAAN ANDA..segala tips dan ilmu yang dikongsi disini adalah melalui pengalaman sendiri,sumber pembacaan,kursus dan seminar yang pernah saya hadiri..semoga apa yang baik dan berguna dapat kita sama-sama memanafaatkannya..

1. Fast action,Fast Result
-Bertindak dengan cepat apabila peluang terbuka,dapatkannya sebelum orang lain "sapu".
-Apabila pelanggan memberi maklum balas berkaitan produk/servis anda maka jadikanya prioriti untuk diambil tindakan segera.

2. Permudahkan pelanggan yang ingin berurusniaga dengan anda
-Urusan tempahan,pembayaran dan mendapatkan produk anda haruslah mudah dan menyenangkan bagi pihak pelanggan.
-Proses yang banyak dan panjang sudah tentu akan membosankan pelanggan.

3. Bermanis muka dan bermanis kata
-pelanggan pasti akan seronok berurusan dengan anda sekiranya anda/pekerja anda menunjukkan ekspresi muka yang mengembirakan dan tutur kata semanis madu berbanding muka masam kelat dan tuturkata yang kasar.

4. Unik,menarik dan lain dari yang lain
-lumrah manusia yang mudah teruja dengan sesuatu yang aneh dan unik. Fikirkan sesuatu yang menarik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. 

5. Berkawan dengan orang-orang yang terkenal
-Berdampingan dan berikan sedikit penghargaan kepada "selebriti" tersebut dan secara tidak langsungnya nama anda / perniagaan anda akan diingati dan disebut-sebut. Ianya boleh menjadi medium promosi yang berkesan.

6. Iklan / promosi melalui banner,flyer dan handbill
-Sudah terbukti bahawa kaedah ini memang berkesan dan kosnya agak murah berbanding kaedah yang lain seperti iklan radio,tv atau media massa lain yang sudah pastinya memerlukan modal yang banyak.
-carilah tempat-tempat tumpuan ramai atau dipersimpangan jalan yang sibuk untuk meletakkan banner/kain rentang anda..TETAPI harus diingat bahawa sesentengah tempat,pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau kehadiran banner/kain rentang yang tiada permit. sekiranya anda mempunyai modal,dapatkan permit dari pihak berwajib.

7. Hargai pelanggan anda
-berikan sedikit penghargaan kepada pelanggan anda dengan menghadiahkan sesuatu,pasti pelanggan anda akan gembira kerana dihargai dan peluang untuk menjadi pelanggan tetap adalah cerah.

8. Amalkan bersedekah
-Dalam Islam memang amat-amat dituntut supaya perbanyakkan sedekah, sedekah merupakan pelaburan untuk hari Akhirat. sedekah juga merupakan suatu ibadah yang mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.what you give you will get back!

sebenarnya banyak lagi tips-tips untuk menarik pelanggan,ini hanya sekelumit kecil perkongsian  untuk panduan kita bersama, rasanya cukup setakat itu dahulu,semoga mendapat manafaat..sekian


No comments:

Post a Comment