Salam hormat saya kepada nama-nama besar dalam perniagaan,sifu-sifu,otai-otai,mentor-mentor,para usahawan dan tuan puan yang mengikuti teratak blog saya yang tak seberapa ini. Untuk entri kali ini,saya dengan rendah dirinya ingin berkongsi sedikit informasi berkenaan punca-punca kegagalan dalam sesuatu perniagaan. Yang baik dijadikan teladan dan tauladan,yang salah silap dari saya harap ditegur moga dapat diperbetulkan..okey,secara ringkasnya saya senaraikan sebahagian faktor-faktor kegagalan dalam perniagaan.
Faktor Kegagalan Dalam Perniagaan
1. Kurang berusaha untuk meningkatkan jualan
2. Target atau matlamat perniagaan yang tidak jelas
3. Tidak memenuhi keperluan pelanggan
4. Ingin cepat kaya
5. Berniaga ''bidan terjun"/ tiada kepakaran tentang apa yang diniagakan
6. Produk/perkhidmatan yang tidak berkualiti
7. Tidak mengenali pelanggan
8. Pengurusan kewangan yang lemah
9. Tiada perancangan mengembangkan perniagaan
10. Tidak mengikuti perubahan semasa
11. Idea banyak tetapi tidak melaksanakannya
12. Hubungan dengan pekerja kurang baik
13. Tiada daya persaingan / gagal bersaing
14. Tiada rangkaian perniagaan
15. Motivasi diri yang longgar
16. Tiada sokongan ahli keluarga atau teman-teman
17. Mengambil mudah akan sesuatu perkara berkaitan perniagaan
18. Modal yang tidak stabil
19. Melakukan perkara-perkara yang ditegah agama
20. Tangan berat untuk bersedekah
Rasanya cukup sekadar itu dulu,saya hanya berkongsi sedikit pengetahuan yang saya dapat. Ada kesempatan,ada peluang carilah mentor-mentor yang hebat diluar sana, Mereka sentiasa bersedia untuk membuka minda para usahawan agar berjaya dan terus berjaya dalam perniagaan..sekian,wassalam
No comments:
Post a Comment