"kalau semua orang jadi peniaga siapa yang akan jadi pembelinya?" "boleh laku ke?" persoalan sebegini sering kedengaran dimana-mana tempat pun lebih-lebih lagi di kedai kopi..hehehe pada pendapat peribadi saya,soalan-soalan sebegitu tidak lebih sekadar soalan spoil atau kondem untuk mematikan semangat untuk memulakan perniagaan.
Semua peniaga di dalam dunia ini merupakan pembeli! setakat hari ini belum kedengaran lagi seorang peniaga pun tidak pernah membeli produk/perkhidmatan orang lain. semua orang berkhendakkan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan masing-masing. seorang penjual makanan tetap memerlukan penjual bahan mentah untuk dimasak daripada penjual yang lain,seorang penjual bahan mentah makanan sudah pasti akan membeli makanan yang telah siap dimasak daripada penjual makanan. itu salah satu contohnya..
Jadi tidak timbul persoalan siapa peniaga & siapa pembeli. soalnya sekarang adalah ILMU PERNIAGAAN. Peniaga yang berilmu pasti berbeza kehidupannya berbanding peniaga lain yang tiada ilmu berniaga. Akhirkata CARILAH ILMU WALAU SAMPAI KE NEGARA CHINA SEKALIPUN..DENGAN ILMU PASTI KEHIDUPAN BERUBAH..INSYA ALLAH..
Sekian,wassalam
No comments:
Post a Comment