Dunia usahawan memang penuh dengan dugaan. Pahit manis masin kelat memang menjadi asam garam usahawan. Pernah suatu ketika semangat kita amat berkobar-kobar untuk buat itu,buat ini demi menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun akan pernah datang juga suatu ketika bila mana semangat kita akan merundum sangat-sangat,lebih-lebih lagi apabila rancangan kita menemui kegagalan.. Fikiran jadi buntu.. semangat untuk meneruskan perjuangan makin pudar.. Motivasi diri yang sebelum nya amat tinggi tiba-tiba entah hilang kemana.. Akhirnya membiarkan perjalanan perusahaan kita itu menjadi seperti lalang ditiup angin.. Tiada matlamat dan arah tujuan.. Ah! biar je la takdir yang menentukan.. Hmmm..salah tu..salah! ayuh bangkit,kembalikan morivasi diri,gandakan usaha,kenali punca masalah,cari jalan penyelesaian..pasti ketemu..jangan putus asa!
Total Pageviews
Sunday, April 19, 2015
Thursday, April 16, 2015
Langkah Pertama
Husain Bolt seorang jaguh pelari pecut tidak akan pernah smpai ke garisan penamat sekiranya tiada langkah pertama untuk berlari.. Seorang manusia normal tidak akan dapat berjalan selama-selamanya sekiranya tidak memulakan langkah pertama berusaha belajar berjalan.. Perisian Microsoft tidak akan pernah wujud sekiranya Bill Gate tidak mengambil langkah pertama untuk memperkenalkan perisian tersebut.. Seorang usahawan tidak mungkin akan berjaya sekiranya hanya berangan-angan tanpa memulakan langkah pertama untuk mengerakkan perniagaannya..hmmmm...go..go..go..go.. TUNJUK AJARKU SIFU, sekian..
Tuesday, April 14, 2015
Layanan kepada pelanggan
Pernahkah anda mengalami situasi layanan yang kurang menyenangkan ketika mood shooping sedang berkobar-kobar? Rimas diekori oleh salesgirl dan salesgirl itu asyik membetulkan ke tempat asal barang-barang yang telah kita belek tadi? Pernahkah peniaga acuh tak acuh melayan pertanyaan kita ketika bertanyakan tentang sesuatu barangan? Sebagai seorang peniaga pula,bagaimanakah layanan terhadap kanak-kanak yang datang untuk membeli produk di premis kita? Adakah layanan kita mengembirakan pelanggan? Adakah pelanggan kita berpuashati dengan layanan yang diberi setiap kali berkunjung ke premis kita? Hahaha brapa punya bnyak tanya daaa..
Itulah diantara soalan-soalan yang patut kita tanyakan pada diri sendiri selaku seorang peniaga. Tanpa pelanggan dan jualan tiada ertinya perniagaan yang kita jalankan..pelanggan adalah kunci utama kepada perniagaan..customer is our bos!

Peniaga VS Pembeli
"kalau semua orang jadi peniaga siapa yang akan jadi pembelinya?" "boleh laku ke?" persoalan sebegini sering kedengaran dimana-mana tempat pun lebih-lebih lagi di kedai kopi..hehehe pada pendapat peribadi saya,soalan-soalan sebegitu tidak lebih sekadar soalan spoil atau kondem untuk mematikan semangat untuk memulakan perniagaan.
Semua peniaga di dalam dunia ini merupakan pembeli! setakat hari ini belum kedengaran lagi seorang peniaga pun tidak pernah membeli produk/perkhidmatan orang lain. semua orang berkhendakkan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan masing-masing. seorang penjual makanan tetap memerlukan penjual bahan mentah untuk dimasak daripada penjual yang lain,seorang penjual bahan mentah makanan sudah pasti akan membeli makanan yang telah siap dimasak daripada penjual makanan. itu salah satu contohnya..
Jadi tidak timbul persoalan siapa peniaga & siapa pembeli. soalnya sekarang adalah ILMU PERNIAGAAN. Peniaga yang berilmu pasti berbeza kehidupannya berbanding peniaga lain yang tiada ilmu berniaga. Akhirkata CARILAH ILMU WALAU SAMPAI KE NEGARA CHINA SEKALIPUN..DENGAN ILMU PASTI KEHIDUPAN BERUBAH..INSYA ALLAH..
Sekian,wassalam

Faktor Kegagalan Dalam Perniagaan
Salam hormat saya kepada nama-nama besar dalam perniagaan,sifu-sifu,otai-otai,mentor-mentor,para usahawan dan tuan puan yang mengikuti teratak blog saya yang tak seberapa ini. Untuk entri kali ini,saya dengan rendah dirinya ingin berkongsi sedikit informasi berkenaan punca-punca kegagalan dalam sesuatu perniagaan. Yang baik dijadikan teladan dan tauladan,yang salah silap dari saya harap ditegur moga dapat diperbetulkan..okey,secara ringkasnya saya senaraikan sebahagian faktor-faktor kegagalan dalam perniagaan.
Faktor Kegagalan Dalam Perniagaan
1. Kurang berusaha untuk meningkatkan jualan
2. Target atau matlamat perniagaan yang tidak jelas
3. Tidak memenuhi keperluan pelanggan
4. Ingin cepat kaya
5. Berniaga ''bidan terjun"/ tiada kepakaran tentang apa yang diniagakan
6. Produk/perkhidmatan yang tidak berkualiti
7. Tidak mengenali pelanggan
8. Pengurusan kewangan yang lemah
9. Tiada perancangan mengembangkan perniagaan
10. Tidak mengikuti perubahan semasa
11. Idea banyak tetapi tidak melaksanakannya
12. Hubungan dengan pekerja kurang baik
13. Tiada daya persaingan / gagal bersaing
14. Tiada rangkaian perniagaan
15. Motivasi diri yang longgar
16. Tiada sokongan ahli keluarga atau teman-teman
17. Mengambil mudah akan sesuatu perkara berkaitan perniagaan
18. Modal yang tidak stabil
19. Melakukan perkara-perkara yang ditegah agama
20. Tangan berat untuk bersedekah
Rasanya cukup sekadar itu dulu,saya hanya berkongsi sedikit pengetahuan yang saya dapat. Ada kesempatan,ada peluang carilah mentor-mentor yang hebat diluar sana, Mereka sentiasa bersedia untuk membuka minda para usahawan agar berjaya dan terus berjaya dalam perniagaan..sekian,wassalam

Sunday, April 12, 2015
Renungan Seketika
Hidup Ibarat Sebuah Kolam..
cuba bayangkan sebuah kolam yang jernih airnya.
cuba bayangkan sebuah kolam yang bersih dan indah sekelilingnya.
cuba bayangkan sebuah kolam yang memberi manafaat kepada hidupan di dalam dan di luar nya.
seronok bukan?
Tetapi bagaimana kalau sekiranya kolam tadi tiba-tiba dikotori?
bagaimana kalau sekiranya kolam tadi dipenuhi sampah sarap?
bagaimana kalau segala buangan menjijikan memenuhi kolam itu?
masih adakah kebaikan yang diperolehi daripada kolam itu?
bermanafaatkah kolam itu kepada kehidupan di sekelilingnya?
sudah pastinya kolam itu akan dicemuh,dijauhi dan menjadi kolam yang tidak berguna..
Kita yang memilih untuk menjadi kolam yang mana..
bersihkah atau kotorkah?
design lah kolam kita sebelum ianya "kering" atau "tertimbus"
jangan sia-siakan "kolam" kita.
cintailah "kolam" kita...hahaha macam kempen cintai sungai daaaa..

Tips Melariskan Jualan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Untuk entri kali ini saya dengan suka-suka hatinya ingin berkongsi sedikit tips MELARISKAN PERNIAGAAN ANDA..segala tips dan ilmu yang dikongsi disini adalah melalui pengalaman sendiri,sumber pembacaan,kursus dan seminar yang pernah saya hadiri..semoga apa yang baik dan berguna dapat kita sama-sama memanafaatkannya..
1. Fast action,Fast Result
-Bertindak dengan cepat apabila peluang terbuka,dapatkannya sebelum orang lain "sapu".
-Apabila pelanggan memberi maklum balas berkaitan produk/servis anda maka jadikanya prioriti untuk diambil tindakan segera.
2. Permudahkan pelanggan yang ingin berurusniaga dengan anda
-Urusan tempahan,pembayaran dan mendapatkan produk anda haruslah mudah dan menyenangkan bagi pihak pelanggan.
-Proses yang banyak dan panjang sudah tentu akan membosankan pelanggan.
3. Bermanis muka dan bermanis kata
-pelanggan pasti akan seronok berurusan dengan anda sekiranya anda/pekerja anda menunjukkan ekspresi muka yang mengembirakan dan tutur kata semanis madu berbanding muka masam kelat dan tuturkata yang kasar.
4. Unik,menarik dan lain dari yang lain
-lumrah manusia yang mudah teruja dengan sesuatu yang aneh dan unik. Fikirkan sesuatu yang menarik untuk dipersembahkan kepada orang ramai.
5. Berkawan dengan orang-orang yang terkenal
-Berdampingan dan berikan sedikit penghargaan kepada "selebriti" tersebut dan secara tidak langsungnya nama anda / perniagaan anda akan diingati dan disebut-sebut. Ianya boleh menjadi medium promosi yang berkesan.
6. Iklan / promosi melalui banner,flyer dan handbill
-Sudah terbukti bahawa kaedah ini memang berkesan dan kosnya agak murah berbanding kaedah yang lain seperti iklan radio,tv atau media massa lain yang sudah pastinya memerlukan modal yang banyak.
-carilah tempat-tempat tumpuan ramai atau dipersimpangan jalan yang sibuk untuk meletakkan banner/kain rentang anda..TETAPI harus diingat bahawa sesentengah tempat,pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau kehadiran banner/kain rentang yang tiada permit. sekiranya anda mempunyai modal,dapatkan permit dari pihak berwajib.
7. Hargai pelanggan anda
-berikan sedikit penghargaan kepada pelanggan anda dengan menghadiahkan sesuatu,pasti pelanggan anda akan gembira kerana dihargai dan peluang untuk menjadi pelanggan tetap adalah cerah.
8. Amalkan bersedekah
-Dalam Islam memang amat-amat dituntut supaya perbanyakkan sedekah, sedekah merupakan pelaburan untuk hari Akhirat. sedekah juga merupakan suatu ibadah yang mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.what you give you will get back!
sebenarnya banyak lagi tips-tips untuk menarik pelanggan,ini hanya sekelumit kecil perkongsian untuk panduan kita bersama, rasanya cukup setakat itu dahulu,semoga mendapat manafaat..sekian
Saturday, April 11, 2015
Dunia Usahawan
Usahawan? apa itu usahawan? sebutkata usahawan memang tergambar di fikiran kita orang2 yang menjalankan perniagaan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. macam2 jenis usahawan yang ada.,macam2 produk mereka pasarkan,.macam2 cara mereka memasarkan produk & macam2 adaaaaa...hahahaha
Okey..entri kali ini saya hanya nak share sedikit tips membuka minda kita semua..saya pernah ditanya dua soalan oleh mentor..(mungkin anda penah dengar/sudah tahu - just sharing)
1. sebagai seorang usahawan,dari manakah anda belajar ilmu menjadi usahawan?
2. siapakah mentor yang mengajar anda?
FIKIR-FIKIRKAN..
**cukup sekadar itu dulu untuk kali ini..Insha Allah kita bersambung next entri dengan tips2 yang mungkin bermanafaat untuk panduan kita bersama..

Friday, April 10, 2015
Hidup Luar Biasa
Berfikir tentang perkara di luar kotak,bukan berfikir tentang kotak..
Hidup luar biasa walaupun rutin kehidupan adalah rutin kebiasaan..www.facebook.com/abegrylls
Hidup luar biasa walaupun rutin kehidupan adalah rutin kebiasaan..www.facebook.com/abegrylls
Subscribe to:
Posts (Atom)